-KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA- Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini. Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI. (*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah. Bilal Thiab - 77 Hari Thaer Halahleh - 77 Hari Hassan Safadi - 71 Hari Omar Abu Shallal - 69 Hari Mohammedd Al-Taj - 61 Hari Mahmoud Sarsak - 55 hari Faris Al-Natur - 48 hari Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari. Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.
#SEBARKAN


No comments:
Post a Comment